seroja posted on 4-8-2008 11:09 PM

Balas #5 natashadania123\ catat

oja guna api bawah shj. biskut lebih santek lagi klu api bwh shj.

zaiima posted on 7-8-2008 12:12 PM

Originally posted by cendawan_liar at 20-7-2008 11:54 PM http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Salam... nak minta resepi biskut gren lace..sape ada?..macam sedappp je biskut tu...tqqq
http://www.myhadiah.com/fotopages/GREEN-LACE.jpg
pinjam gambar lyn hassan..tq lin

ni utk cendawan liar tp tak taulah sama ke tak dgn green lace yg dicari cendawan

ni gambarnya, dari majalah saji september 2007 dgn nama green princess
http://i54.photobucket.com/albums/g105/zaiima/DSC01281.jpg

ni resepinya
biskut green princess
sumber : majalah saji sept'07

bahan A
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum

bahan hiasan :
coklat masakan putih

Cara
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam.
    Rehatkan adunan seketika
3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit
5. setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih


[ Last edited by  maisya at 24-9-2008 06:22 PM ]

nanasarrah posted on 7-8-2008 02:03 PM

Anasue...

please help..... utk resepi tart tuh u tulis 2 1/2 ketul butter (brand anchor)  just nak reconfirm balik.. 1 ketul butter yg brand anchor tuh 227 gm ker?  sebab saya jumpa yg tuh... betul ke tuh atau ada berat yg lain...

Tima kasih...

zaiima posted on 7-8-2008 06:27 PM

Originally posted by cendawan_liar at 20-7-2008 11:54 PM http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
Salam... nak minta resepi biskut gren lace..sape ada?..macam sedappp je biskut tu...tqqq
http://www.myhadiah.com/fotopages/GREEN-LACE.jpg
pinjam gambar lyn hassan..tq lin

cendawan..

td surfing internet, tjumpa resepi biskut greenlace

ni dia resepinya, dari forumner kelisacute
sumber : http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-214728-page-45.html

Greenlace cookies

Bahan2 A
120 gm butter
20 gm shortening
80 gm gula castor

Bahan2 B
180 gm tpg gandum
30 gm tpg honkwee
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
30 gm biskut marie - blend
20 gm gajus dibakar - blend
pewarna hijau

Hiasan : Coklat putih & colour rice

Cara-Cara
1. Sebatikan semua bahan A sehingga sebati
2. Msukkan semua bahan B dan adun menjadi doh yg lembut
3. Canai, terap & bakar
4. Hiaskan dgn coklat putih dan taburkan dgn colour rice.



[ Last edited by  maisya at 24-9-2008 07:15 PM ]

CikKiahAbd posted on 7-8-2008 10:41 PM

Assalamualaikum Forumers suma..

hopefully semua sihat2 belaka ye :)

Since puasa pon dah dekat, rasanya ramai dah start nk buat kuih raya. And kita ni dokla teringin nak buat this one particular biskut.

Tak sure nama asal biskut ni, tp biskut ni pakai bijan hitam. Biskut bijan hitam la kot agaknye? Biskut ni mmg biskut favourite tapi tatau la plak resepi.

So nak tanya if ada kalangan forumers yang boleh berkongsi resepi biskut ni. Thank you very much:loveliness:

*kes ngidam ni sebenornye ;P;P*


/**sorry,ni cut and paste from thread request recipe. Thanks again!**/

maisya posted on 8-8-2008 11:52 AM

Originally posted by CikKiahAbd at 7-8-2008 10:41 PM http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
Assalamualaikum Forumers suma..

hopefully semua sihat2 belaka ye :)

Since puasa pon dah dekat, rasanya ramai dah start nk buat kuih raya. And kita ni dokla teringin nak buat this one partic ...

macamana rupa biskut ni? lagi satu, biskut ni biskut lama( maksudnya dah lama wujud ke) ke or biskut moden ?

CikKiahAbd posted on 8-8-2008 12:09 PM

hmm..nk kata rupa, rasa nya cam biskut biasa. makcik kita dulu slalu buat. rasanya mcm dia gaul je bijan itam tu dalam dough tu and then potong2 (or maybe terap) then bakar.

rasanya biskut ni biskut moden kot?

maisya posted on 8-8-2008 12:24 PM

http://img.photobucket.com/albums/v334/maisya/chocball.jpg

Choco ball  
recipe posted by erna @ myresipi.com
http://myresipi.com/top/detail/58

Bahan-bahan ( 15 biji )
70g tepung
30g serbuk koko
50g gula aising
2 sudu besar minyak masak
2-3 titik esen vanila (takde pun takpe)
1/4 sudu kecil baking powder
gula aising secukupnya
2 sudu besar susu segar

Cara-cara
Panaskan oven pada 180degree
Letak dalam mangkuk tepung, baking powder, gula dan serbuk koko. Gaulkan biar sebati.
Masukkan minyak dan vanila. Kacau lagi
Masukkan susu. Kacau sampai jadi berketul
Ambik adunan tadi, letakkan dalam beg plastik. Tekan-tekan biar jadi padat.
Kemudian bulatkan kecil-kecil dalam 12-17g.
Bakar selama 15 minit. Kemudian sejukkan sekejap
Lepas tu boleh tabur gula aising .

*kena bakar lama sikit baru dia rangup..kalau tak dia agak lembut dan chewy skit.



[ Last edited by  maisya at 24-9-2008 07:19 PM ]

ninoZ posted on 8-8-2008 02:21 PM

kat google ada tapi biskut cornflake bijan hitam..

CikKiahAbd posted on 8-8-2008 04:54 PM

Originally posted by ninoZ at 8-8-2008 02:21 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
kat google ada tapi biskut cornflake bijan hitam..

aaa..itula,try search kat google gak but jumpe recipe yg itu. tak jumpe lak biskut bijan itam yg biasa. tatau la..maybe recipe ni sama cam buat biskut biasa cuma tambah bijan itam je dlm dia kot?

ninoZ posted on 8-8-2008 06:20 PM

tak pun..carik resepi biskut bijan yg biasa tu..tapi tukorkan dgn bijan hitam :)

Baiduri Othman posted on 8-8-2008 06:33 PM

Reply #155 ninoZ's post

Salam ninoZ, lama tak nampak. Saja2 nak say hello kat ninoZ.:)

honeyponey posted on 9-8-2008 12:26 AM

Reply #99 zaiima's post

TQ .. inilaa resepi yg honey cari :flower: :flower: :flower:  DAh Cubaa SEDAPPPP!!!!!!!

ninoZ posted on 9-8-2008 04:50 AM

off topik , dgn izin mod..muahahahaha

Originally posted by Baiduri Othman at 8-8-2008 06:33 PM http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
Salam ninoZ, lama tak nampak. Saja2 nak say hello kat ninoZ.:)
hihihi baiduri...
kita ade je...tak hilang mana pun
kita salu nampak awak ape..
:)

Baiduri Othman posted on 9-8-2008 11:14 AM

Reply #158 ninoZ's post

Ingat dulu lama jugak tak nampak ninoZ, one of the iron chefs kat CARI ni. Kak Noor Masri pun lama tak nampak kan. Kalau rindu Kak Liza, boleh masuk blog dia cuci mata tengok gambar2 masakan dia. Anak dia best student perakaunan UiTM kan.

NinoZ, tiba2 teringat kat Hooded. Mana dia sekarang?

Sorry mod - off-topic kejap.

Back to position. Raya lepas ada buat biskut bubuh dgn udang kering & ikan bilis goreng. Sedap tak terkata & memang laris di pasaran. Baru 3 hari raya dah habis sebab bukan guests je yg makan ttp org2 dlm rumah tu sekali. Nanti saya paste recipe kat sini.

chempaka_ku posted on 9-8-2008 11:47 AM

Reply #159 Baiduri Othman's post

biskut udang kering memang sedap..... yang ini ikut resipi dalam buku biskut alex goh....

ixora_xr posted on 9-8-2008 12:12 PM

salam all..nak tanya nih ada tak sesaper pernah buat biskut poppy seeds..?ada resepi tak?

chempaka_ku posted on 9-8-2008 12:32 PM

Reply #161 ixora_xr's post

i do have dari buku..... tapi baru cuba 1, poppy seed thumbprint , difficult sikit sebab kalau terlalu lembut biskut boleh spread..... agak lembut, maybe tak sesuai kalau untuk hari raya....

other recipes belum lagi cuba..... ada bars, cookies..... banyak.....

Baiduri Othman posted on 9-8-2008 12:37 PM

Reply #162 chempaka_ku's post

Chempaka, boleh modify kot kalau lembut sgt. Tambah tepung or kurangkan ingredients yg melembutkan biskut.

Baiduri Othman posted on 9-8-2008 12:40 PM

Reply #160 chempaka_ku's post

Saya guna resipi biskut cheese. Memang berhasil. Kakak saya bubuh daun sup/daun bawang utk biskut dia. Memang cantik biskut udang kering dia. Nantilah kita cuba buat & paste kat sini. Tak pyh tunggu raya. :P

chempaka_ku posted on 9-8-2008 12:41 PM

Reply #163 Baiduri Othman's post

or simpan dalam fridge.... cara ni chemp rasa effective sangat.......

Baiduri Othman posted on 9-8-2008 01:04 PM

Reply #165 chempaka_ku's post

Betul jugak ya. Terima kasih kasi tips.:)

ixora_xr posted on 9-8-2008 02:09 PM

Reply #164 Baiduri Othman's post

jgn lupa buat pastu tepek resepi yer..:loveliness:

datin_antik posted on 9-8-2008 02:45 PM

bunyi macam sedap jek!tepek lah:loveliness:

[ Last edited by  datin_antik at 9-8-2008 02:49 PM ]

Baiduri Othman posted on 9-8-2008 03:29 PM

Ini dia resipi Biskut Udang Kering (ikan bilis). Sorry tak ada gambar ttp rasa nak buat kalau ada masa sebab bahan2 semua ada. Cuma takut dtg penyakit malas je.;P

Biskut Udang Kering (ikan bilis)

Bahan2nya:-
100g mentega
150g self-raising flour
100g udang kering ditumbuk (ikan bilis goreng ditumbuk)
Sedikit lada (pepper)
Sedikit garam (jgn terlalu masin sebab udang kering/ikan bilis dah masin)
1 biji telur kuning
Hirisan daun bawang & daun sup (optional ĘC jika suka)

Cara2 membuatnya:-
1.        Tepung bersama garam & lada digaul sebati. Baru masuk mentega & gaul sampai jadi mcm breadcrumb.
2.        Baru masuk telur, udang kering (atau ikan bilis) & daun sup/daun bawang. Gaul rata sampai jadi dough. Simpan dlm peti sejuk selama 1 jam. Baru canai, sapu kat atas biskut dgn kuning telur & bakar dlm oven mcm biskut lain. (Kalau kakak saya dia potong2 mcm mancis & tak sapu kuning telur.)

PS. Saya biasanya goreng tepung tanpa minyak dlm kuali sebelum digunakan. Cara ini boleh membuat biskut cepat masak & tak hangus kat bwh dia.



[ Last edited by  maisya at 24-9-2008 07:21 PM ]
Page: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14 15 16
View full: ANEKA BISKUT & BISKUT RAYA